Pada tanggal 17 Zulkaedah 1406 pada hari Isnin jam 5.36 petang. Lahirlah seorang bayi lelaki yang sifatnya suci bersih dari segala-galanya. Ibarat kain putih tanpa sebarang kotoran, corak, lukisan, dan benda2 lain yang sama maksud dengannya. Kelahiran ini memberi makna dan harapan yang besar kepada kedua Ibu dan Ayahnya. Tetapi adakah dia memahami semua itu? Sesungguhnya, dia sendiri tidak tahu samada patutkah dia dilahirkan, ataupun tidak. Dia membesar dengan kasih sayang bagai minyak yang ditatang dengan penuh. Pada umurnya menjangkau setahun, dia sudah diberikan tanggungjawab sebagai seorang abang. Lahirnya seorang adik lelaki pada tanggal 9 Rabiulawal 1408. Tetapi dia tidak memahami apakah itu tanggungjawab. Apatah lagi tanggungjawab sebagai seorang abang. Dan hakikat manusia, mempunyai perasaan cemburu. Dia cemburu kepada adiknya. Kasih sayang yang dulu miliknya seorang, kini dibahagikan dua. Apa sahaja yang dulu miliknya seorang, kini terpaksa dikongsi. Lahirnya perasaan tamak. Dia mula mencari perhatian. Dia selalu menangis, selalu buat perangai, selalu memberontak dan lain2 perkara yang selalu budak kecil buat untuk mendapatkan perhatian. Sampai di suatu ketika, apabila adiknya diserahkan kepeda orang lain, dia sudah tidak selalu membuat perangai. Tetapi dia tetap selalu menangis, dia menemani ibunya yang disayangi. Tangisan seorang ibu yang sedih kerana terpaksa meninggalkan anak keduanya kepada orang lain.
bersambung.....
bersambung.....